Bahasa Rakyat
Add
Nyamuk mati gatal tak lepas
Orang
yang bersalah sudah kita
hukum
tetapi masih
menaruh dendam
kepadanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sakit perut baru tahu di liang lantai
Sudah
mendapat
celaka
baru ingat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Badan sudah (dua) senyawa
Berkasih sayang
kedua
suami
dan isteri
hendak
hidup
bersama mati bersama.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Emas yang sudah tersepuh
Paras jelita
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama bunga dedap sungguh merah berbau tidak
Orang bangsawan
yang
tidak
berbudi
itu
dimuliakan
oleh
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cekak (silat) sudah silap teringat
Perkara
yang telah diselesaikan tetapi
ada
lagi
orang
mencuba mencacatnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Anjing itu jika dipukul sekalipun berpulang juga ia ke tempat yang banyak tulang
1.
Orang
tamak dan
tidak
tahu malu akan hiraukan
nama
baiknya. 2.
jahat
walaupun dihukum tetap
membuat
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kerana sabut tebal tempurung pun jadi kebal
Kalau
ramai
handai taulan
hidup
selamat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak kerana angin pokok kayu mahukah bergoyang?
1. Setiap
kejadian
ada
puncanya. 2. Jika
tidak
benar
berlakunya
sesuatu
orang
lain
akan memperkatakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Belum tentu lagi ayam sedang disabung
Dua
pekerjaan
yang sedang dikerjakan
atau
dua
orang
berlainan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
24
25
26
27
28
[29]
30
31
32
33
[c] 2021 Petak Ajaib PLT