Bahasa Rakyat
Add
Ada pun anjing itu jikalau dipukul sekalipun berulang juga ia kepada tempat yang banyak tulang itu.
Orang
yang
jahat
walaupun dihukum akan terus melakukan
kejahatan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lautan yang dalam sudah diselam rata buyung di dapur tak tahu apa isinya
Negeri
yang
jauh
sudah dilawati dan
ambil tahu
tetapi hal rumahtangga sendiri
tidak
diperiksa
bagaimana
keadaannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika ular menyusur akar sekalipun tidak akan hilang bisanya
Tidak
jatuh
martabat
orang
yang mulia
jika merendahkan diri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Makan upas berulam racun
Sangat
miskin;
Orang
yang
dalam
kesusahan
dan duka cita kerana diliputi
merbahaya
besar-besar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Makan bernafsu
Banyak
makan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak ada apapun
Tidak
jadi
apa-apa. ;
Kosong.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Badan sudah (dua) senyawa
Berkasih sayang
kedua
suami
dan isteri
hendak
hidup
bersama mati bersama.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak ada laut yang tidak berombak
Tidak
ada
pekerjaan
yang
tidak
bahaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Diubat dengan kerana Allah menjadi murka Allah
Orang
yang
berbuat
sesuatu
pekerjaan
dengan niat kebajikan tetapi
dipandang
serong
oleh
orang
tidak
berbudi
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dah tidak bergigi
Tidak
ada harta
lagi
[
Malay Civilization
]
peribahasa
24
25
26
27
28
[29]
30
31
32
33
[c] 2021 Petak Ajaib PLT