Bahasa Rakyat
Add
Pipit jantan tidak bersarang
Anak
lelaki
tidak
perlu dibuatkan rumah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lidah perempuan itu ialah senjatanya yang tidak dibiarkan berkarat
Perempuan
bersenjatakan
lidahnya; semakin lama
bertambah
lancar dia
berkata-kata
baik
dalam
perkara
apa
pun
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak damai dilawan damai hendak giling peluru
Boleh
pilih
hendak
berdamai
atau
berkelahi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bantuan seorang yang miskin pada orang kaya itu semata-mata ialah curahan air segeluk ke dalam lautan itu juga
Orang
kaya
tidak
nampak
budi
si
miskin
kepadanya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Campur dengan orang pemaling sekurang-kurangnya jadi pencecak
Berkawan
dengan
orang
jahat
akan jadi
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Yang bertakuk yang ditebang; yang bergaris yang dipahat
Kerja
ikut
aturan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang bodoh boleh diajar kalau bebal hilang fikiran
Kalau
orang
yang
bodoh
boleh
kita
ajar
tetapi
hilang
siuman
itu
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang sakit
Pesakit.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kebakaran janggut (Bagai orang terbakar janggut)
Tidak
tentu
arah;
Kebingungan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sembelih ayam dengan pisau sembelih orang dengan kapas
Manusia hendaklah dilayan dengan
lemah lembut.
; Segala
pekerjaan
harus
dilakukan
cara
yang
sesuai
keadaan
masing-masing.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
24
25
26
27
28
[29]
30
31
32
33
[c] 2021 Petak Ajaib PLT