Bahasa Rakyat
Add
Tidak hilang bisa ular menyusur akar
Tidak
jatuh
martabat
orang
yang mulia
jika merendahkan diri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Naik ke rumah bercuci kaki sahaja
Orang
yang berkahwin dengan
tidak
berbelanja
apa-apa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hampa berat menjadi sekam
Kerana
terlampau
banyak
hilang
sedikit
tidak
jadi hal.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah diludah (dimuntah) dijilat balik
Orang
yang mengeluarkan
perkataan
buruk tentang
sesuatu
tetapi telah membuatnya
sendiri. ;
menceraikan
isteri
kemudian
dipujuk kembali.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Minta tulang ke lidah (ke lintah) (sisik ke keli)
Minta
sesuatu
kepada
orang
yang
tidak
mungkin
akan mengabulkannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau kucing tidak bermisai takkan ditakuti tikus lagi
Orang besar
yang telah dipecat dari jabatannya
tidak
disegani
orang
lagi
takut
kepadanya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti memekik di tengah padang laus
Percakapan yang
tidak
di
dengar
oleh
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak kerana angin pokok kayu mahukah bergoyang?
1. Setiap
kejadian
ada
puncanya. 2. Jika
tidak
benar
berlakunya
sesuatu
orang
lain
akan memperkatakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan bercermin di air keruh
Jangan
mengikuti teladan yang buruk.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Terpijak di tanah kapur putih tapak terpijak di tanah orang hitam tapak
Jika
berbuat jahat
jahatlah balasannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
24
25
26
27
28
[29]
30
31
32
33
[c] 2021 Petak Ajaib PLT