Bahasa Rakyat
Add
Umpama semut mempersembahkan peha belalang kepada raja
Menyatakan
pemberian
yang
amat
sedikit.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ingat yang di atas; yang di bawah akan menimpa
Orang
besar-besar
atau
berkuasa
ingat-ingat
dalam
menjalankan kewajipan;
jangan
sampai
orang di bawah
menyusahkan
mendatangkan
kecelakaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siapa mengaku berak di tengah jalan?
Kesalahan yang dilakukan secara
sembunyi
bila
diketahui
orang
tiada siapa
mahu
mengaku.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak air pancuran terbit hendak ulam pucuk menjulai
Yang diperoleh lebih dari yang dikehendaki;
hasil
diperolehi
daripada
diharapkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jauh dapat dikhabarkan dekat dapat ditunjukka jika tergempar ada yang mendengar
Perbilangan
menerangkan satu-satu
kejadian
itu
ada
saksi
yang
boleh
diterangkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiang pandak hendak menyamai tiang panjang
Meniru-niru
gaya
orang besar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan menempuh sarang lebah
Jangan
melawan
seteru
yang ramai kerana akhirnya kita
juga
mendapat
kebinasaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Merajuk bukan kepada yang kasih (sayang)
Tidak kena
pada tempatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gar-gar kata gelegar; rasuk juga yang menahannya.
Kita
tidak
boleh
mengikut
orang
yang suka
memboroskan
wang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pandai mencincang akar matilah ke pucuknya
Cara
kerja yang
berkesan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
24
25
26
27
28
[29]
30
31
32
33
[c] 2021 Petak Ajaib PLT