Bahasa Rakyat
Add
Jika ada padi berhampalah jika ada hati berasalah
Sesiapa yang
terasa
tersindir dialah
berbuat
seperti disindirkan
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang kaya jangan dihutangi orang lepas nikah jangan ditandangi
Jangan
menyusahkan
orang
yang baru
mendapat
kesenangan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang tua tidak mahu dua kali kehilangan tongkat
Orang tua
tidak
mahu
ditipu dua kali.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hitam gagak tiada siapa yang mencelupnya
Orang
yang melakukan
kejahatan
dengan kehendaknya sendiri
atau
kerana
memang
begitu
tabiatnya
bukan
sebab
suruhan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidakkan gajah dapat ke tangan manusia?
Tidak
ada
yang
tidak
mungkin
asal
mahu
dan berani
berusaha.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiap-tiap yang selalu bergolek dalam sungai itu tidaklah dihinggap oleh lumut
Pencarian
yang
tidak
tetap
itu
sukar
mendatangkan
kekayaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Itik hendak diajar berenang
Sia-sia mengajar
orang
pandai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada busuk yang tiada bau
Setiap
perbuatan
jahat
akan diketahui.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti tebu lepas ke dalam mulut gajah payah akan keluarnya
Sesuatu
yang sangat digemari
itu
tidak
akan dilepaskan lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Selama hujan akan panas jua
Selepas
susah
akhirnya senang
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
23
24
25
26
27
[28]
29
30
31
32
[c] 2021 Petak Ajaib PLT