Bahasa Rakyat
Add
Manusia tertarik oleh tanah airnya anjing tertarik oleh piringnya
Orang
berakal
jauh
pandangannya
orang
bodoh
perutnya sahajalah tujuannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Harimau ditakuti (kerana taringnya) sebab giginya
Orang besar
ditakuti kerana pangkatnya jika diturunkan dia
tidak
lagi ditakutinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Muda terala
Muda
dan berpangkat tinggi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dian sebatang dinyalakan hujung pangkalnya teraba-raba sudahnya
Orang
yang
boros
dan membazir
itu
segera
akan
menjadi
papa
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Makan ampun
Minta
ampun.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Perempuan melangkahi ular (tiada lepas)
Menunjukkan kelemahan perempuan; Perempuan yang pendek langkahnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai langau di buntut gajah
Orang
yang suka
bermanja;
mengekori
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ditetak belah dipalu belah tembikar juga akan jadinya
Walaupun dengan
apa
siksa
atau
sakit
sekalipun
penghabisannya
itu
mati
jua
jadi mayat
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sedangkan pucuk lagi tak merah konon pula selaranya
Sedang dia lagi
kaya
tidak
menderma untuk
amal
umpamanya
apalagi
sekarang berwang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Raja benar raja dijulang raja zalim raja disolang
Raja yang adil dipatuhi;
zalim
ditentang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
23
24
25
26
27
[28]
29
30
31
32
[c] 2021 Petak Ajaib PLT