Bahasa Rakyat
Add
Sudah tua dari kakak sudah cerdik dari mamak
Anak muda
yang
takbur
tidak
mahu
bermuafakat
lagi dengan keluarga
dalam
sebarang
pekerjaan
kerana merasa dirinya sudah pandai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Upas berulam racun
Banyak
kejahatan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau tak ada kulit bercerailah tulang
Rupa
orang
yang sangat kurus kerana penyakit lama
atau
menanggung
percintaan;
Keadaan akibat sakit terlalu
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau pujuk makin menyebal kalau marah baru ketawa
Kelakuan yang
tidak
seperti biasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah biasa makan kerak
Sudah biasa
hidup
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama pucuk dan umbut tiada lauk baharu dibaham
Sesuatu
yang
tidak berharga
itu
apabila
tiada
lain
barulah diambil
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gajah mati tulang setimbun
Kalau
raja mangkat;
banyak
meninggalkan
harta.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Macam tiang telefon
Tinggi dan sangat kurus
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama batik lasam (lasum) makin dibasuh bertambah bau
Asal
bangsa
yang
baik
makin
diajar
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gagak lalu punggur rebah
Menunjukkan kuasa dengan menzalimi
orang
yang lemah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
23
24
25
26
27
[28]
29
30
31
32
[c] 2021 Petak Ajaib PLT