Bahasa Rakyat
Add
Busut juga yang ditimbun anai-anai
Orang
kaya
jualah yang
bertambah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di mana batang terguling disitulah cendawan tumbuh
Di mana
perkara
atau
kecederaan
tumbuh disitu pula dihukum diselesaikan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai si lumpuh pergi merantau
Pekerjaan
yang
takkan
dapat dikerjakan dan
mendapat
hasil
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kena bagai antan pukul kepala
Perbuatan
salah
merugikan
bila
benar
menguntungkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tunggul kayu terbakar di tengah huma
Rupa
seseorang
yang sangat
hitam legam
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tepuk dada tanya selera
Membuat
keputusan
sendiri untuk melakukan
sesuatu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nyawa (nak) ke buntut
Orang
yang di
dalam
kesusahan
atau
sakit
amat
sangat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai alah dirumpun betung
Orang
yang kalah tetapi
tidak
puas hati
dengan
kekalahan
itu
kerana merasa
kurang
cukup
pemeriksaan dan
penyelidikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama gula di dalam mulut
Barang
yang telah
ada
dalam jagaan
kita
bila
suka
boleh
digunakan;
Sesuatu
pekerjaan
senang dibuat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai anjing buruk kepala
Orang
yang daif dan
miskin
dipandang
hina
oleh
masyarakat
walau di mana
jua
mereka
berada.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
23
24
25
26
27
[28]
29
30
31
32
[c] 2021 Petak Ajaib PLT