Bahasa Rakyat

perihal (keadaan yg) dewasa (matang), kematangan: dia belum lagi mencapai ~nya; ~nya ternyata pd fikiran-fikiran bernas yg dikemukakannya; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
perihal mesra: anaknya itu masih kecil, haus kpd kemanjaan dan ~ . [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Sementara Fathiyah pula berharap sumbangan dan kemesraan terhadap para petugas tersebut dapat meningkatkan motivasi mereka yang sememangnya sangat dihargai oleh rakyat Malaysia. [harakahdaily.net]
perihal celopar: dia berharap agar Irwan telah pulih drpd tersinggung akibat ~ mulut Abon. [Kamus Dewan Edisi Keempat]
perihal mewah: ia sedar bahawa kesenangan dan ~ hidup yg dirasainya itu disebabkan harta pusaka Mak Haji sendiri. [Kamus Dewan Edisi Keempat]
TADABUR ayat al-Quran melalui juzuk 27 hari ini memfokuskan mengenai sikap manusia apabila mempunyai harta dan kemewahan duniawi. [harakahdaily.net]
keriaan, kegembiraan, keramaian: hari ulang tahun keputeraan Nabi SAW telah kita peringati dan rayakan dgn penuh kemesraan ~. [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Meskipun kita tidak akan ziarah-menziarahi pada Hari Raya ini ekoran bencana pandemik Covid-19, pun jangan padam kemeriahan tahun ini. [www.freemalaysiatoday.com]
perihal sangsi, keragu-raguan: tindakan masih belum tegas, penuh diselubungi ~; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Penyanyi lagu Elegi Sepi ini menjelaskan kesangsian yang dibangkitkan netizen berhubung kenyataannya di sebuah portal hiburan berkaitan hadiah beg Prada sebagai keperluan sekolah. [www.mstar.com.my]
[c] 2021 Petak Ajaib PLT