Bahasa Rakyat
Add
Antah malukut sukat lapar sangat baharu berguna
Kalau
tidak
ada
yang
lain
baru digunakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mutiara terkalung ke leher babi
Orang
yang mulia
telah
menjadi
hina;
Tidak
tahu menilai
barang
berharga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nang hidup nak berbelanja nan mati nak berkerajat
Inilah adat
atau
peraturan
yang
tertentu
bagi
seseorang
hidup
di
dalam
dunia
ini.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tempayan telah (menjadi) jadi raga takkan berair lagi
Orang
yang sangat
boros
tidak
lama akan
menjadi
papa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sepuluh jong masuk ke kuala anjing tetap bercawat ekor juga
Tidak
mahu
berubah
walaupun telah
banyak
perubahan
berlaku disekelilingnya;
Orang
yang
tidak
menghiraukan langsung hal disekelilingnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gedang bagai dilambuk-lambuk; tinggi bagai dijunjung
Membanggakan
diri sedangkan kelebihan
tidak
ada.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ikan di laut; asam di gunung; bertemu (juga) dalam belanga
Meskipun
saling
tidak
mengenal tetapi kerana
jodoh
bertemu
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Peria jika ditanam di atas batas sakar dibaja dengan madu disiram dengan manisan dan diletakkan di atas tebu sekali pun apabila masak buahnya pahit juga
Orang
yang
berketurunan
jahat
jika dihiasi dengan pangkat dan
kekayaan
sekalipun
juga
budinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Diuji sama merah ditahil sama berat
Tiada
perbezaan
antara
lelaki dengan perempuan untuk dijadikan
suami
isteri
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Semut terpijak tak mati alu terharung patah tiga
Orang
yang kelihatan
lemah lembut
setiap
gerak
geri
itu
keras
tutur katanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
21
22
23
24
25
[26]
27
28
29
30
[c] 2021 Petak Ajaib PLT