Bahasa Rakyat
Add
Diapit tidak bersanggit ditambat tidak bertali
Perempuan yang ditinggalkan
suami
tanpa diceraikan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai berludah ke langit
Melawan
orang
yang lebih berkuasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Api dengan air alangkah bezanya
Kejahatan
tidak
sama dengan
kebaikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mati kuang kerana bunyinya
Perihal
orang
yang ditimpa
bencana
kerana menunjukkan kelebihannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak apa
Biarlah. ; Sudah
tidak
ada jalan
lain. ;
Dimaafkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sekalilah si buta kehilangan tongkat
Orang
yang sudah
terkena
sekali
beringatlah ia supaya
jangan
lagi pada masa akan
datang.
;
Sekali
seorang
kesusahan
atau
seumpamanya
nescaya
serik lah dia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai tangguk lerak dengan bingkainya
Suami
isteri yang
kekal
hingga
mati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ada pun anjing itu jikalau dipukul sekalipun berulang juga ia kepada tempat yang banyak tulang itu.
Orang
yang
jahat
walaupun dihukum akan terus melakukan
kejahatan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti udang tahi di kepala
Orang
yang sangat
bodoh.
; terlalu dibebani
hutang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sampah jangan ditendang sepak
Orang
yang
hina
dan
miskin
jika selalu disakiti
nescaya
akan melawan
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
21
22
23
24
25
[26]
27
28
29
30
[c] 2021 Petak Ajaib PLT