Bahasa Rakyat
Add
Malang celaka Raja Genggang tuak terbeli tunjang hilang tunangan digalit lari pulang
Orang
yang
malang
sudah di tangan
hilang
pula.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Air lalu kubang tohor
Gaji
yang diterima lekas
habis.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kucing tidur di bangkai
Hidup senang
lenang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Malam berlanting buluh pecah
Bersusah
payah menyelamatkan diri dan
kemudian
mengharapkan
pertolongan
dari
orang
lain
tetapi sia-sia kerana yang diharapkan
itu
lebih teruk keadaannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Padang jarak padang tekukur
Musnah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ayam berkokok alamat hari nak siang
Dinihari.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Singkat (minta) diulas panjang (minta) dikerat
Permintaan
supaya dibetulkan
suatu
percakapan
kalau
ada
yang
terlupa
perlu diingatkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai pucuk pisang didiang
Lemah
tidak
bertenaga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sakit perut baru tahu di liang lantai
Sudah
mendapat
celaka
baru ingat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Telaga kering hilanglah timba
Negeri
yang telah
hilang
kemakmurannya ditinggalkan
oleh
pedagang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
21
22
23
24
25
[26]
27
28
29
30
[c] 2021 Petak Ajaib PLT