Bahasa Rakyat
Add
Merawal memulang bukit cerana menengah kota
Sudah
nyata
sekali
bahawa
hendak
memajukan
sesuatu
permintaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sapu tangan menali ayam
Kehidupan
orang
yang sangat
miskin.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Memperlihatkan punggung buruk tak berbaju
Menunjukkan
kemiskinan
kepada
orang
lain;
Memperlihatkan rahsia sendiri
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Memasang tekad
Berniat
bersungguh-sungguh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lupa mengingatkan terlelap menjagakan
Memberi ingat kepada sahabatnya jika
terlupa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Menahan jerat (lukah) di tempat genting
Menjualkan
barang
dengan
harga
mahal
kepada
orang
yang
amat
berkehendakkannya;
Mengambil keuntungan
dari kesempitan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Membalik-balik mayat di kubur
Menyebut-menyebut
perbuatan
orang
yang telah mati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Menolong orang dihurung lebah
Yang ditolong selamat yang menolong ditimpa
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Menyokong padi hendak rebah
Menolong
orang
yang lemah akan
membalas budi
atau
memberi
faedah
kemudian
hari;
kaya
dalam
kesusahan
nescaya
di balasnya
pertolongan
kita
itu
kelak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Cerdik perempuan meleburkan; saudagar muda mengutangkan
Orang
yang
tidak
panjang fikirannya; selalu
mendatangkan
kesusahan
kepada dirinya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
21
22
23
24
25
[26]
27
28
29
30
[c] 2021 Petak Ajaib PLT