Bahasa Rakyat
Add
Tak serik luka dimakan tajak esok lusa ke bendang juga
Sesuatu
kesukaran
itu
tidak
pernah menghalangi
seseorang
untuk terus
berusaha
mencari
nafkah
hidupnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana antah melukut lapar sangat baru berguna
Kalau
tidak
ada
yang
lain
baru digunakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Asam di gunung ikan ditebat dalam belanga bertemu juga
Kalau
ada
jodoh
tidak
ke
mana.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Api padam puntung hanyut kami tidak di situ lagi
1. Cerita yang sudah
tamat.
2.
Perkara
putus.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak ditelan termengkelan nak diluah (diludah) tak keluar
Keadaan yang
serba salah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpat dan puji tiada bercerai
Kalau
ada
yang memuji tentu
mengeji.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sorong sentap rupa udang di dalam buluh
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ada kemenyan sebesar lutut jika tidak dibakarkan tak akan berbau
Kalau
ada
kepandaian
hendaklah diajar kepada
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Niat di hati nak peluk gunung sudak terpeluk biawak sial
Lain
yang dihajat
lain
dapat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gabak di hulu tanda kan hujan; (cerah di langit tanda akan panas)
Sesuatu
tanda yang menunjukkan hal akan
datang;
jadi perlulah dingat-ingatkan
dahulu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
21
22
23
24
25
[26]
27
28
29
30
[c] 2021 Petak Ajaib PLT