Bahasa Rakyat
Add
Terkilat ikan di dalam air sudah tahu jantan betinanya
Orang
yang pandai menangkap maksud
perkataan
seseorang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai menjandang lukah tiga berat tidak seberapa rintanganya yang lebih
Pekerjaan
walaupun
tidak
berat
tetapi sukar untuk melakukannya seberapa hasilnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Batang tubuh boleh dimiliki tetapi nyawa tidak dapat dikuasai
Hati
dan
jiwa
tidak
dapat dimenangi secara paksa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Apakah gunanya memasang dian di tengah hari jika malam alangkah baiknya
Tidak
berguna
menerangkan
perkara
yang telah diketahui lebih
baik
belum
diketahui.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada serek dimakan tajak esok lusa ke bendang juga
Kerana mencari wang
(rezeki)
tidak
terasa
penat
atau
payah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takkan harimau makan anaknya
Bagaimana
sekalipun
rasa
marah
seorang
bapa
terhadap
anaknya tak kan
si
ayah sampai
hati
membunuh
anaknya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takkan harimau makan anaknya
Marah bapak kepada anaknya tidaklah sampai
membunuh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lading tidak tahu akan majalnya
Tidak
insaf keadaan diri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dulu besi sekarang timah
Orang
yang telah turun darjat
atau
pangkatnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mati gajah tidak mendapat belalai mati harimau tidak mendapat belangnya
Pekerjaan
jahat
yang dilakukan dengan bersembunyi sehingga tiada
bukti
nyata
[
Malay Civilization
]
peribahasa
20
21
22
23
24
[25]
26
27
28
29
[c] 2021 Petak Ajaib PLT