Bahasa Rakyat
Add
Ada pun anjing itu jikalau dipukul sekalipun berulang juga ia kepada tempat yang banyak tulang itu.
Orang
yang
jahat
walaupun dihukum akan terus melakukan
kejahatan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Rambut bapa ke kepala sendiri telah pindah nasi hadap-hadapan tiada diendah
Orang
yang telah tua
itu
jaranglah suka
hendak
kahwin
dengan
anak
perawan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bayang-bayang tidak sepanjang badan
Perbuatan
tidak
sesuai
dengan
keupayaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di mana tidak ada helang kata belalang akulah helang
Orang
yang
menganggap
dirinya paling pandai
atau
bijak
di
sesuatu
tempat
tidak
ada
orang
lebih daripadanya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tersalah pedang ke lidah
Perkataan
yang
jahat
menyebabkan
pergaduhan;
Berbangkit
peperangan
oleh
sebab
bencana
percakapan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bayang tidak sepanjang badan
Berbuat
sesuatu
melebihi
kemampuan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak sungguh getah daun (yang) dengan sebenarnya getah batang juga
Sejahat-jahat
saudara
sendiri lebih
baik
daripada
kaum kerabat
atau
sahabat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ada padi masak adalah pipit
1.
Orang
yang
baik budi
disayangi
orang. 2.
Di mana
ada rezeki
di situlah ramai
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah bergulung tikar sahaja
Orang
yang sangat
miskin
hingga
tiada pakaian untuk memakainya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Haruslah air disauk dan ranting dipatah; lama hidup banyak merasa jauh berjalan banyak dilihat
Kalau
merantau
ikut
adat
tempat
menumpang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
20
21
22
23
24
[25]
26
27
28
29
[c] 2021 Petak Ajaib PLT