Bahasa Rakyat

menjaga (orang sakit, rumah, dll), mengawal: orang sakit ~ sakit itu disuruhnya keluar semuanya; segala bangunan pun disuruh tunggui dan parit diisi air; 2. mendiami, menduduki, menghuni: tempat-tempat demikian itulah pula menurut kepercayaan mereka kerap ditunggui jin jembalang sebagainya; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
1. memukul dgn kuat, menyebat, menyesah: ~ orang rotan; tiba-tiba belakangku dibelasah, berdebup bunyinya; 2. ki mengalahkan teruknya. [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Khabib membelasah McGregor untuk mengekalkan gelaran lightweight UFC 229 dan tidak berminat dengan pertarungan semula yang pastinya menjanjikan habuan paling lumayan dalam sejarah MMA. [www.hmetro.com.my]
mengacau, menyebabkan haru-biru: air dibundak-bundaknya dgn kedua-dua tangannya supaya yg di bawah naik ke atas. [Kamus Dewan Edisi Keempat]
menampar kerana sayang (geram dll). [Kamus Dewan Edisi Keempat]
membubuh atap, memasang atap; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
1. berkahwin dgn, menjadikan isteri (suami): Doris sendiri akan ~ dia, seorang pemuda Timur; kerana kecantikannya inilah, maka datuk saya ~nya; 2. berjimak (bersetubuh) dgn; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Chanchai kemudian mengahwini Cik Kung dan dikurniakan seorang anak. [www.astroawani.com]
[c] 2021 Petak Ajaib PLT