Bahasa Rakyat
Add
Mujur sepanjang hari malang sekejap mata
Jika
malang
akan menimpa
dalam
sesaat
mungkin
terjadi
hendaklah selalu
berhati-hati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sepuluh jong (kapal) datang anjing bercawat ekornya juga
Tidak
mahu
berubah
walaupun telah
banyak
perubahan
berlaku disekelilingnya;
Orang
yang
tidak
menghiraukan langsung hal disekelilingnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Awal bermula
Permulaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti batang manau seribu kali empat haram tidak patah
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sampai belayar memapan juga sambil dendang biduk hilir
Dengan
satu
perbuatan
dua tiga
tujuan
tercapai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai bulan di pagar bintang
Gadis yang cantik dikelilingi gadis-gadis kelihatan lebih cantik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai belacan dikerat dua yang pergi busuk yang tinggal hanyir
Perkara
yang
mendatangkan
keaiban
kepada
kedua
pihak
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti dedalu api hinggap ke pohon kayu hinggap ke batang batangnya mati hinggap ke ranting rantingnya patah
Orang
jahat
ke
mana pergi akan
menyusahkan
orang
baik
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pisang sesikat digulai sebelanga tanda muafakat bersama-sama
Suka
tolong
menolong
antara
satu
dengan yang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kepantangan helang dengan ayam lambat laun disambar juga
Lelaki
kalau
berdekatan
(bergaul dengan perempuan akhirnya jadi
tidak
baik
juga;
Pencuri
boleh
melihat
harta benda
orang
pasti
hendak
mencuri
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
19
20
21
22
23
[24]
25
26
27
28
[c] 2021 Petak Ajaib PLT