Bahasa Rakyat

Dari bersekongkol tak menentu lebih baik beri sokongan pada Tan Sri Muhyiddin dan PN. [www.malaysia-today.net]
1. penahan, penyangga, penyokong; ~ susu baju dalam perempuan, coli, kutang; 2. orang tua; memerintah negeri; 3. menjaga keselamatan seseorang, wali, tua; 4. mengangkat-angkat (suka menyanjung) mengampu. [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Pengampu dan pembodek (1) Di dalam Hadis Nabi S.A.W banyak mengutarakan mengenai penyakit pengampu , atau disebut sebagai المداحين. [harakahdaily.net]
Orang yang memuji-muji untuk faedah peribadi. [Malay Civilization]
1. fahaman, tanggapan (gambaran) bkn sesuatu: kecerdasan dan ~ sangatlah mustahak dlm kira-kira; 2. erti, 3. persefahaman, persetujuan (secara tidak rasmi): ada ertinya kami berbahas lanjut-lanjutan, akan bertemu titik ~; 4. penerangan, penjelasan: perkataan “baik” digunakan utk memberi penerangan atau atas nilaian terhadap sesuatu perbuatan. [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Bagi orang beriman, Syawal akan dirayakan dengan penuh ketakwaan dan pengertian sebenar walau dalam keadaan sedang diuji begini. [bit.ly]
sekumpulan orang (yg bekerja atau datang dll bersama-sama): menteri itu dan ~nya telah tiba di Pulau Pinang pagi tadi; satu ~ pegawai Malaysia akan berunding dgn pegawai-pegawai Filipina; kebudayaan penari (pelakon, penyanyi, dll) yg melawat ke sesuatu tempat utk membuat pertunjukan dsb; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Yaakob (kiri) bersama rombongan hadir ke majlis perkahwinannya dengan memakai topeng muka dan mengamalkan penjarakkan sosial. [www.sinarharian.com.my]
perihal (keadaan dsb) bersambung atau berterusan, kesinambungan, kelanjutan (kpd sesuatu yg sebelumnya): ~ istiadat itu selepas zaman Melaka juga agak sukar dikesan; budaya popular merupakan ~ tradisi; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Tiba di lokasi, kami dapati mangsa tersepit bahagian pemberat lif antara tingkat 1 dan 2 bangunan hospital. [www.hmetro.com.my]
[c] 2021 Petak Ajaib PLT