Bahasa Rakyat
Add
Tiada helang di pungguk menjadi helang
Bila
tidak
ada
yang pandai
si
badoh berani
mengaku
pandai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mensiang yang baru dicari kampillah sudah dahulu
Rundingan
atau
permuafakatan
baru akan dibuat (dimulai) tetapi keputusannya diambil terlebih
dahulu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Didenda dengan emas yang habis dipancung dengan pedang yang hilang
Hanya
nama sahaja
yang dihukum tetapi
tidak
ada
dituntut daripadanya
sebenarnya
dimahui hanyalah
perdamaian
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak berberas akan ditanak
Tidak
ada
kepandaian
dalam
ilmu
yang ditunjukkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ikutlah hukum menyiat daging; sakit diawak sakitlah orang
Sebelum
melakukan
apa-apa
terhadap
orang
lain
hendaklah rasakan pada diri kita
dahulu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gelang di tangan orang hendak dirampas tidak dapat; cincin di jari sendiri tercabut hilang
Yang diusahakan
tidak
dapat; yang
ada
hilang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nang hidup nak berbelanja nan mati nak berkerajat
Inilah adat
atau
peraturan
yang
tertentu
bagi
seseorang
hidup
di
dalam
dunia
ini.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sedepa tanduk yang datang sejengkal tanduk yang menanti payah juga yang datang
Orang
yang
datang
berdagang
ke
sesebuah
negeri
sekalipun
dia pandai dan berani tentu akan
kurang
juga
keberaniannya
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pucuk leban gading gajah kerja segan makan gagah
Orang
yang malas
bekerja
tetapi
tidak
sakit.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak meluruskan ekor anjing
Terlalu
susah
hendak
mengubah
tabiat
orang. ;
Orang
yang
jahat
itu
walau
bagaimana
pun diajar
berbuat baik
dia
tidak
akan
menjadi
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
18
19
20
21
22
[23]
24
25
26
27
[c] 2021 Petak Ajaib PLT