Bahasa Rakyat
Add
Sekutuk beras basah ditampi tak berlayang diindang tak berantah hujung tiada disudu itik
Tidak
berguna.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pala-pala aku nak mati biarlah mati berkapan cindai
meninggal
dunia
dalam
keadaan
baik;
mati
meninggalkan nama
yang
baik
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana batang manau seribu kali empat haram tak putus
Sangat kuat dan teguh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ingat yang di atas; yang di bawah akan menimpa
Orang
besar-besar
atau
berkuasa
ingat-ingat
dalam
menjalankan kewajipan;
jangan
sampai
orang di bawah
menyusahkan
mendatangkan
kecelakaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada berudang di balik batu
Tiada
motif
selindung.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada nasi di balik kerak.
Sombong.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana pencalang sarat tidak ke timur tidak ke barat
Orang
yang
berhias
dan berpakaian cantik
hanya
untuk di rumah
bukan
ke
mana-mana.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak dapat melangkah batang menyusup ke bawahnya lepas juga ke sebelah
Tiap-tiap larangan
atau
gendala
jika
tidak
dapat dialahkan dengan
jalan
kekuatan hendaklah
ikhtiar
yang
lemah lembut.
;
Mengalah
orang
kuat muslihat
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mati ikan kerana umpan (mati sahaja kerana budi)
Orang
yang
kurang periksa
barang
suatu
di hadapannya
atau
dikatakan
orang
kepadanya
itu
selalu akan terpedaya jadi hendaklah kita beringat
sebelum
kena.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tatang di anak lidah
Terlalu
kasihkan
anak
isterinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
17
18
19
20
21
[22]
23
24
25
26
[c] 2021 Petak Ajaib PLT