Bahasa Rakyat

perihal (usaha, perbuatan, dsb) mengolah: Belanda memasuki perkebunan itu dan menjalankan tugas ~ kelapa sawit; kejayaan cerita ini ialah kerana keberanian pengarangnya ~nya yg segar; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Menurutnya, dia membuat sendiri muzik dengan pengolahan baharu itu secara harmoni bersama ahli keluarga lain. [www.hmetro.com.my]
perihal berubat, yg berkaitan dgn ubat atau usaha mengubati: ilmu ~; jabatan pakar ~; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Menurutnya, badan mangsa dinyahkuman pasukan perubatan untuk mengelak jangkitan berdasarkan standard operasi prosedur berkaitan koronavirus (Covid-19). [www.sinarharian.com.my]
perihal atau perbuatan memasarkan: rancangan ~ utk pekebun-pekebun kecil; Lembaga P~ Pertanian Persekutuan badan yg membantu (menguruskan dll) penjualan hasil-hasil pertanian; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Ibrahim berkata sistem pemasaran itu penting bagi membolehkan produk kraf tangan tempatan bersaing dalam pasaran barangan lain yang menerima permintaan tinggi. [www.bernama.com]
1. perihal mencanai; 2. sesuatu yg telah dicanai; 3. ki latihan; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Latihan [Malay Civilization]
[c] 2021 Petak Ajaib PLT