Bahasa Rakyat
Add
Sembahyang diberi berwaktu janji diberi berketika
Sesuatu
pekerjaan
hendaklah ditentukan waktunya supaya selamat dan sempurna.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kawan tertawa banyak kawan menangis jarang ada
Teman untuk
bersuka-suka
banyak
tetapi teman
dalam
kesusahan
jarang
ada.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hilang tak tentu rimba
Hilang
tidak
berbekas.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kurus kering seperti bayang-bayang (siapa pun tiada menaruh sayang)
Menunjukkan
seseorang
yang sangat kurus kerana
terkena
penyakit
amat
berat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak kerja golok keling hendak makan parang putting
Orang
yang malas tetapi
banyak
makan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sedap manis jangan ditelan kelat pahit jangan dimuntahkan
Sebarang
percakapan haruslah difikirkan dan ditimbang betul-betul
dahulu
sebelum
diterima
atau
ditolak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Belum pandai membuang hingus sudah hendak berjuang lidah
Budak
yang
belum
cukup
pengetahuan sudah
hendak
bersoal jawab
dengan
orang
pandai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siapa yang kena cubit itulah yang merasa sakit
Siapa yang bersalah dialah
menanggung
sakit dan
susah
kerana kesalahannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak tahu menari dikatakan tanah tinggi rendah
Tidak
tahu
menjalankan
pekerjaan
peralatannya dipersalahkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Semalam di bawah nyiur pinang orang kata orang diturut
Patuhi adat
tempat
di mana kita
menumpang
[
Malay Civilization
]
peribahasa
16
17
18
19
20
[21]
22
23
24
25
[c] 2021 Petak Ajaib PLT