Bahasa Rakyat
Add
Nan lumpuh penunggu rumah nan pokok pelepas bedil yang bisu penggera ayam
Betapapun
bodoh
atau
bebal
daifnya pada
suatu
waktu
ada
juga
pertolongannya gunanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti embacang buruk kulit di luar buruk di dalam manis
Orang
yang kaku bergaul tetapi hatinya tulus
ikhlas.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama air digenggam tidak tiris
Tidak
ada
perasaan untuk menolong
orang
yang
susah;
Kedekut.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Duduk meraut ranjau tegak meninjau jarah
Sentiasa
ingat setiap
sesuatu
pekerjaan
itu
mendatangkan
faedah
kepada diri dan
berhati-hati
jika
ada
yang memberi
kecelakaan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau tak pandai menggelamai bercirit kambinglah kelak; kelak dikunyah patah gigi ditelan sembelit
Tidak
dapat
membuat
kerja jika
tidak
berkemahiran.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sejernih-jernih air kalau melalui pembuluh yang kotor tentu kotor juga
Rezeki
yang dicari dengan
cara
salah
tetap
haram.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Rungut-rungut seperti baung di tukul
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan menumbuk di periuk bertanak di lesung
Usah keluar dari adat
kebiasaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tegal ayam seekor tak berkokok hari tak siangkah?
ntu jadi
atau
tidaknya kerana
seseorang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai berebutkan tembolok
Perebutan kerana keuntungan yang sedikit.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
16
17
18
19
20
[21]
22
23
24
25
[c] 2021 Petak Ajaib PLT