Bahasa Rakyat
Add
Rezeki helang (elang) tidak untuk (tak akan dapat oleh) (tak akan dapat dimakan oleh) musang (tikus atau burung pipit)
Keuntungan yang telah ditakdirkan untuk
seseorang
tidak
akan lepas kepada
orang
lain;
Rezeki
jangan
direbutkan
oleh
lain
usahalah sendiri sampai dapat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Picik kulit diri sendiri dahulu baru picit kulit orang lain
Rasai
dulu sendiri
sebelum
mahu
orang
lain
merasai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Menempuh baik ditempuh istimewa lagi durian tak apa-apa mentimun jua yang binasa
Orang
yang lemah melawan
orang
kuat
juga
akan binasa
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau tak berpadi semua kerja menjadi (Kalau tak padi sembarang kerja tak jadi)
Orang
yang
miskin
dan lemah
itu
usah
banyak
berkehendak
jika
tidak
ada
daya terimalah
nasib.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai si Jimban hendak hilir
Orang
yang
lengah
atau
lembab.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan ke hutan juga perginya
Orang dagang
walau
beroleh
kesenangan
di rantau
tempat
asalnya tetap diingat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Suka hati di dada ringanlah beban di bahu
Jika
hati
suka kerja yang
berat
pun
tidak
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika cerdik teman berunding jika bodoh disuruh arah
Sahabat
yang
ikhlas
walau
bagaimana
pun dapat diajak berunding dan menolong kita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti tebuan di dalam tukil
Orang
yang
bertutur
sengau.
; Percakapan
tidak
tentu butir bicaranya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai orang dikoyak harimau
Pekikan yang kuat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
16
17
18
19
20
[21]
22
23
24
25
[c] 2021 Petak Ajaib PLT