Bahasa Rakyat
Add
Orang semenda tempat semenda jika cerdik teman berunding jika bodoh disuruh arah tinggi banir tempat berlindung rimbun daun tempat berteduh
Perbilangan
ini menerangkan tentang tiap-tiap lelaki yang berkahwin akan
terikat
tali persaudaraanya dengan keluarga isterinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti ikan pulang ke lubuk
Orang
berdagang
yang
pulang
ke
tempat
asalnya. ; telah
balik
asalnya dan
tidak
mahu
meninggalkannya lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Akar terjumbai tanda siamang bergayut
Daripada
tutur kata dapatlah diketahui kesalahan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berlindung di balik telunjuk; Berlindung di balik lalang sehelai
Hendak
menyembunyikan
sesuatu
yang sedia diketahui
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai mendukung biawak hidup
Melakukan
sesuatu
yang
menyusahkan
diri sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pedang jenawi
Pedang panjang yang dipegang dengan dua
belah
tangan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ayam putih terbang siang hinggap di kayu merasi bertali benang bertambang tulang
Perkara
yang
nyata.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sekain sebaju selauk senasi sebantal sekalang hulu setikar ketiduran
Orang
yang
bersahabat
karib
seakan-akan
tiada dapat bercerai-cerai lagi
makan tidur
bersama-sama.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kain dalam acar (kutib cuci dia nak ke longkang juga)
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jaring berbangkit kuaran tiba
Salah
perhitungan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
16
17
18
19
20
[21]
22
23
24
25
[c] 2021 Petak Ajaib PLT