Bahasa Rakyat
Add
Lautan yang dalam sudah diselam rata buyung di dapur tak tahu apa isinya
Negeri
yang
jauh
sudah dilawati dan
ambil tahu
tetapi hal rumahtangga sendiri
tidak
diperiksa
bagaimana
keadaannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Aku nampak olah kelibat mu sudah ku tahu
Orang
yang tahu
motif
orang
lain
dengan melihat tingkah lakunya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau tiada emas sepiak kerja mana boleh jadi
Orang
yang
miskin
dan lemah
itu
usah
banyak
berkehendak
jika
tidak
ada
daya terimalah
nasib.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah lulus maka hendak melantai
Sudah
mendapat
celaka
baru ingat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah jatuh ditimpa tangga
Berturut-turut ditimpa
malang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Diperlelar timba di perigi tidak sekali sekali pecah
Jangan
selalu melakukan
kejahatan
jika
tidak
mati pun akan sakit
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak berisi lagi sudah tinggal kotaknya saja
Dahulu
kaya
sekarang sudah
miskin.
; Hal perempuan yang
dahulu
amat
bagus
tetapi tua.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pukat sudah terijuk
Keuntungan yang
hampir
diperolehi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jadi hujung lidah sahaja
Orang
yang
menyampaikan
bicara
seseorang
dalam
sesuatu
kerapatan
atau
perhelatan kepada
rapat
orang ramai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dahulu disorak kemudian ditolak
Melakukan kerja tanpa peringkat
atau
susunan
tertibnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
[3]
4
5
6
7
[c] 2021 Petak Ajaib PLT