Bahasa Rakyat
Add
Sepuluh bintang bertindih yang di bawah juga yang terhimpit (luluh)
yang akan menanggungnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ruang baca
Bilik untuk
membaca.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan sampai sesat barat sepuluh kali diukur sekali dikerat
Sebelum
menentukan
sesuatu
hendaklah lebih
dahulu
diperiksa dengan
cermat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Datang sebagai ekor tikus
Makin
lama
orang
yang
datang
makin
sedikit
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gagak pulang ke benua
Walaupun sudah lama merantau;
namun
kedaan hidupnya
tidak
berubah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ayam hitam terbang malam hinggap ke rimba dalam bertali ijuk bertambang tanduk
Kejahatan
yang
susah
dibuktikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ada pasang ada surut
Ada untung
dan rugi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana kijang ditambat dengan rantai emas sekalipun jika terlepas ke hutan juga perginya
Orang
yang telah ditawan musuh walau
bagaimana
baik
sekalipun
layanan
diberi jika terlepas dia akan
pulang
juga
ke
negeri
asalnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nan jauh tiada terjelang nan dekat tak tertandangi
Keluarga yang
jauh
tidak
dikunjungi
dekat
terlihat-lihat lagi
sebab
badan
telah tua
atau
kerana
banyak
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seruas tebu yang berulat sebatangnya yang dibuang
Orang
yang
berbuat salah
dalam
satu
kaum tetapi semua
orang
kena.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
[3]
4
5
6
7
[c] 2021 Petak Ajaib PLT