Bahasa Rakyat
Add
Setampar-tampar emas dua tampar seemas baik ditampar benar
Kata-kata sangat kuat kesannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tuah rumah bertunggu tuah kampung berbela
Pepatah
yang menunjukkan
seri
rumah dan
kecantikan
kampung halaman
kita mestilah
dijaga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Air lalu kubang tohor
Gaji
yang diterima lekas
habis.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti rumah di tepi tebing
Keadaan yang
sentiasa
dalam
ancaman
bahaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hari pagi dibuang-buang hari petang terkejar-kejar
Membiarkan
peluang
baik
berlalu
kemudian
apabila
sudah
terlambat
terkejar-kejar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pinang tua merah seekor (ekornya)
Perempuan yang
sudah berumur
tetapi kelakuannya suka
bersolek
seperti perempuan
muda
juga.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gajah mati tulang setimbun
Kalau
raja mangkat;
banyak
meninggalkan
harta.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah dahaga sampai pula ke telaga kering
Kesengsaraan
yang bertimpa-timpa berlaku
ke atas
diri
seseorang;
Melakukan
kekerasan
berulang kali; Sudah
susah
bertambah
susah;
Orang
berdukacita kerana
putus harapan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gunung payung (sayang)
Orang
yang dikasihi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umur (baru) setahun jagung darah (baru) setampuk pinang
Orang
yang
masih muda
kurang
berakal
dan
tidak
berpengalaman.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
[3]
4
5
6
7
[c] 2021 Petak Ajaib PLT