Bahasa Rakyat
Add
Seperti tebu lepas ke dalam mulut gajah payah akan keluarnya
Sesuatu
yang sangat digemari
itu
tidak
akan dilepaskan lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Telah dapat gading bertuah terbuang tanduk kerbau mati
Sudah
mendapat
barang
yang baru lama dilupakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiap-tiap yang selalu bergolek dalam sungai itu tidaklah dihinggap oleh lumut
Pencarian
yang
tidak
tetap
itu
sukar
mendatangkan
kekayaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Terkilat ikan di dalam air sudah tahu jantan betinanya
Orang
yang pandai menangkap maksud
perkataan
seseorang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Manikam selalu juga didapati di dalam lipatan kain buruk yang koyak rabak
Pengetahuan dan kebajikan banyaklah yang
terbit
daripada
dada
orang-orang
miskin
hina.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sedatar sahaja olehnya lurah dengan bukit
Orang
yang
tidak
membezakan
siapapun.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai malukut ditepi gantang masuk pun tidak penuh terbit pun tidak luak
Orang
yang sangat
susah
hidupnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai tangkai lembu di padang ada di ambil tidak boleh
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Si kutuk beras basah ditampi tidak melayang diindang tidak berantah unjangnya tidak disudu oleh itik
Sesuatu
yang
tidak
berguna
lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hilang tak tentu rimbanya mati tak tentu kuburnya
Lenyap tanpa
khabar
berita.
;
Sesuatu
perkara
yang
tidak
tentu kesudahannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
[3]
4
5
6
7
[c] 2021 Petak Ajaib PLT