Bahasa Rakyat
Add
Tali di dalam bungkusan digerek tikus apa gunanya
Perempuan
pingitan
telah melakukan
perbuatan
salah
dalam
diam-diam.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ayam ditambat disambar helang padi di tangan tumbuh lalang
1.
Nasib
malang.
2. Isteri
atau
tunang di
ambil
orang
yang berkuasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lah tampak jalan lalu lupa batu akan menarung
Peri
seseorang
yang
miskin
dan sengsara ketika
mendapat
sesuatu
bahagia
atau
keuntungan lupa kepada
bahaya
mungkin
mencelakakan
dirinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di mana kayu bengkok di sanalah (hendak) musang meniti
Tempat
yang
tidak
dijaga
baik
disitulah
pencuri
datang;
Siapa
lengah
akan
mendapat
bencana;
Orang
bodoh
mudah
kena
tipu
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nak ditelan termengkalan nak diludah (luah) tak keluar
Serba salah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bajak lalu di tanah yang lembut
Orang
yang
lemah lembut
selalu
menjadi
korban
orang
berkuasa
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Si tidur makanan si jaga si bingung makanan si cerdik
Orang
yang cuai selalu dikenakan
oleh
orang
cergas;
bodoh
ditipu
cerdik
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lah panas hari kacang lupa akan kulit(nya)
Orang
yang lupakan
orang
telah
berbudi
kepadanya;
asal
keturunannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sejernih-jernih air kalau melalui pembuluh yang kotor tentu kotor juga
Rezeki
yang dicari dengan
cara
salah
tetap
haram.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpan habis kerong-kerong (ikan) tak dapat
Banyak
harta
dibelanjakan kerana
berharapkan
laba yang
banyak
tetapi
jangankan
berolah
upah penat
pun
tidak
padan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
1
2
[3]
4
5
6
7
[c] 2021 Petak Ajaib PLT