Bahasa Rakyat
Add
Terkerenyang-renyang seperti anak tiada diaku
Manja pada majikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ditempuh nyamuk terbalik ditindih lalat tak dapat bangkit
Sangat lemah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Singkat tidak terulas panjang tidak terkerat
Jika
ajal
sudah sampai
tidak
dapat ditangguhkan lagi jika
belum
jatuh
di
tempat
yang tinggi pun akan mati.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Senduk berdegar-degar nasi habis budi dapat
Kerana
kurang
berhati-hati
maka
mendapat malu
sebab
rahas
terbuka
kepada
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sepanjang-panjang tali tidak sepanjang mulut manusia
Sekiranya
sesuatu
perbuatan
jahat
diketahui
orang
berita
itu
akan
tersebar
dimerata-rata.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Keras ditakik lunak disudu
Hendak
memberikan
perintah dengan
bijaksana.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti bulan dimakan rahu
Perumpamaan yang
menyatakan
betapa
asyiknya
seorang
lelaki
memeluk
kekasihnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sedangkan bah kapal tak hanyut inikan pula kemarau panjang
Kalau
dalam
masa senang
tidak
boleh
menjadi
kaya
inikan pula di
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti tebu lepas ke dalam mulut gajah payah akan keluarnya
Sesuatu
yang sangat digemari
itu
tidak
akan dilepaskan lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Terkena pada ikan bersorak terkena pada batang masam
Kalau
beruntung sukalah tetapi
kalau
rugi
susah hati
dan
berubah
fikirannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
15
16
17
18
19
[20]
21
22
23
24
[c] 2021 Petak Ajaib PLT