Bahasa Rakyat
Add
Jangan didengar guruh di langit air tempayan dicurahkan
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti unta menyerahkan diri
Menyerah diri
dengan tulus
ikhlas.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak tahu menari dikatakan tanah tinggi rendah
Tidak
tahu
menjalankan
pekerjaan
peralatannya dipersalahkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Menjeladang bagai panas di padang
Sesuatu
hal yang mengenai
rata-rata
tiada dikecuali
atau
dijangka.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berkata siang melihat-lihat berkata malam mendengar-dengar
Mungkin
ada
orang
yang sedang mendengar
perbualan
melibatkan
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Melepaskan anjing yang tersepit sesudah lepas dia menggigit
Melakukan
sesuatu
yang
menyusahkan
diri sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mengendap di balik lalang sehelai
Menyembunyikan
atau
merahsiakan
sesuatunya tetapi kelihatan ketahuan
juga
dengan mudah
oleh
orang banyak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siapa lama tahan menang
Kalau
tekun rajin dan
tidak
terburu
kerja berat
pun akan selesai
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Merasa di langit yang ke tujuh
Sangat
bahagia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berhubung kerana hendak panjang berkampuh kerana hendak lebar
Perkahwinan
itu
untuk memanjangkan
zuriat;
Menyatukan dua kaum supaya
menjadi
ramai dan kuat;
Persaudaraan
melalui
perkahwinan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
15
16
17
18
19
[20]
21
22
23
24
[c] 2021 Petak Ajaib PLT