Bahasa Rakyat
Add
Gedang bagai dilambuk-lambuk; tinggi bagai dijunjung
Membanggakan
diri sedangkan kelebihan
tidak
ada.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lemah diraih pantai dititi
Sikap
orang
yang
bijaksana.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai baling-baling di atas bukit
Pendirian
yang
tidak
tetap.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Putih seperti kapas dibusar
Benda
atau
warna
kulit
orang
yang
amat
putih dan
bersih.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai disuruh minum air bercacing
Orang
yang
enggan
melakukan
pekerjaan
walaupun didesak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kambing dikuliti hidup-hidup
Kesakitan
sewaktu
menghembuskan
nafas
yang
terakhir.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lambai (lampai) bagai pimping di lereng lemah bagai lenggundi muda
Keindahan
bentuk
tubuh wanita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak kering gusi
Sentiasa
ketawa.
;
Tidak
putus-putus
ketawa
kerana
sesuatu
yang
lucu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kura-kura di kaki ditinggalkan burung terbang dikejar (penyu di pantai dikejar)
Yang
dekat
dan tentu dapat ditinggalkan; yang
jauh
serta payah mendapatnya dikejar.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai si bongkok baru betul
Orang
yang
hina
dan
miskin
mendapat
kesenangan
tidak
lah
terkira
suka serta mengada-ngada pula.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
15
16
17
18
19
[20]
21
22
23
24
[c] 2021 Petak Ajaib PLT