Bahasa Rakyat
Add
Seperti buah kedempung; di luar berisi di dalam kosong
Orang
bongkak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ubun-ubun masih bergerak sudah angkuh.
Belum
cukup umur
tetapi sudah
hendak
beristeri dan melawan
orang tua.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Duduk seperti kucing melompat seperti harimau
Orang
yang kelihatan
lemah lembut
setiap
gerak
geri
itu
keras
tutur katanya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana lemak-lemak santan berlada
Perkataan-perkataan yang manis dan
lemah lembut
tetapi mengandungi
sindiran
tajam.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti emas baru disepuh
Perempuan cantik
makin
setelah
bersolek.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tikus jatuh ke beras
Orang
yang
menikmati
kesenangan
itu
tidak
mahu
memberitahu
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pisang masak separak
Sebuah
keluarga yang
hidup
berbahagia
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bajak patah terdorong kebencah
Sudah terlanjur.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Silih berganti bagai ombak di tepi pantai
Mengenalkan
manusia yang silih
berganti
mendiami
pantai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takut di hantu terpeluk ke bangkai
Dapat
susah
kerana
takut
benda
yang
tidak
ada.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
14
15
16
17
18
[19]
20
21
22
23
[c] 2021 Petak Ajaib PLT