Bahasa Rakyat
Add
Pengayuh sama di tangan perahu sama di air
1.
Tidak
usah
takut
berlawan kerana sama-sama mempunyai
kekuatan. 2.
Sudah sedia segala keperluan untuk
sesuatu
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kilangan patah awak itulah pengimpitnya
Orang
yang
mendapat
celaka
kerana kesalahan sendiri
tidak
boleh
menyesal kepada
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika lalu diandang di air di gurun dirangkakkan
Segala daya
upaya
akan dipergunakan untuk
menyampaikan
maksudnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berjalan selangkah menghadap surut berkata sepatah difikirkan
Haruslah beringat-ingat kepada
sebarang
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berjalan selangkah menghadap surut berkata sepatah difikirkan
Sebarang
kerja hendaklah dilakukan dengan
ingat-ingat
dari
awal
sampai akhirnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sekatalah jengkal dengan jari
Berpadanlah
sesuatu
dengan kuasa
orang
membuatnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana asam dengan garam
Persahabatan
yang
tidak
dapat dipisahkan; Lelaki dan perempuan walaupun tingal
berjauhan
kalau
ada
jodoh
tetap akan berkahwin.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Padang perahu di lautan padang hati difikirkan
Tidak
boleh
tersarat
hati
dengan
sebab
banyak
fikirannya di dalamnya;
Hati
seluas laut walau
fikiran
yang
masuk
tetap
tidak
akan
penuh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Melainkan kamu berpelajaran nescaya samalah kamu dengan seekor kuda yang bertali kekangnya
Ilmu
akan memandu
hidup
ke
arah
baik
atau
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hendak bertanduk kepala pahat
Kerana
hendak
menunjukkan
kemegahan
rela
berhutang
atau
membuat
sesuatu
yang
mendatangkan
bencana
kepada diri
[
Malay Civilization
]
peribahasa
12
13
14
15
16
[17]
18
19
20
21
[c] 2021 Petak Ajaib PLT