Bahasa Rakyat
Add
Puji tak mengenyang cela tak membunuh
Jangan
berbesar hati
jika dipuji dan
jangan
berkecil hati
dicela
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Menyisip padi dengan (bi)lalang
Mencampurkan
yang
baik
dengan buruk
hingga
rosak
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Menanti kuaran bertelur
Mengharap
sesuatu
yang
mustahil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Merentak (menari) di ladang orang
Tidak
mengikut
adat resam
di
negeri
yang
diduduki;
Bersuka-suka
memakan
atau
memakai
harta
orang
dengan
tidak
mengingat kerugian
itu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mencarikan perut tak berisi mencarikan kepala tak bertutup
Pergi
berdagang
ke
negeri
lain
untuk mencari
penghidupan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan disangkakan ikan lais (lais-lais) tidak menyengat
Jangan
kita sangkakan
orang
lemah
tidak
ada
kelebihannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada membesarkan (mengendangkan) (menghangatkan) air
Orang
yang
tidak
dapat
menyelesaikan
sesuatu
pekerjaan
atau
menolong keluarga
dalam
kesukaran kerana kekurangannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mencabik mudah menjahit susah
Mencari perselisihan mudah tetapi sukar
menghukum
atau
memperdamaikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Harum meninggalkan (menghilangkan) bau
Keburukan
tidak
kelihatan kerana
tertutup
oleh
perbuatan
atau
nama
yang
baik.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Helang terbang mengawan agas hendak mengawan juga
Orang
miskin
atau
lemah
hendak
mengikut
perbuatan
orang
kaya
berkuasa
nescaya
dirinya akan cedera.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
12
13
14
15
16
[17]
18
19
20
21
[c] 2021 Petak Ajaib PLT