Bahasa Rakyat
Add
Minum serasa duri makan serasa lilin tidur tidak lena mandi tak basah
Orang
yang sangat
bersusah
hati
sehingga
sesuatu
itu
tidak
berasa
enak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan bijak terpijak biar bodoh bersuluh
Orang
yang
menyangka
dirinya
bijak
selalu
mendapat
kehinaan
tetapi
orang
bodoh
suka
bertanya
akan
kejayaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Terapung tak hanyut (terendam tak basah)
Perkara
yang
belum
tentu kesudahannya. ;
Tidak
ada
keputusannya (mengenai
sesuatu
perkara).
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebodoh-bodoh sepat tak makan pancing emas
Sebodoh-bodohnya
orang
tahu
juga
memelihara dirinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kaki terdorong badan merasa lidah terdorong emas padahnya
Bila
melakukan
sesuatu
mesti berani
menanggung
risikonya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak kering dosa
Sentiasa
melakukan kerja
jahat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nasi tak dingin pinggan tak retak (engkau tak hingin aku tak hendak)
Sama-sama
tidak
suka sama-sama merajuk;
Orang
yang
cermat
dalam
melakukan
sesuatu
pekerjaan
sungguhpun
banyak
kerjanya tetapi jarang rosak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Nyamuk lepas pijat-pijak kena (perek) picit
Mendapat kecelakaan
kerana kesalahan
orang
lain.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ke hulu kena bubu; ke hilir kena tingkalak
Tidak
dapat lari
daripada
bahaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Payah-payah dilamun ombak tercapai juga tanah tepi
Setelah
berapa
lama
menanggung
susah
dalam
sesuatu
pekerjaan
atau
kehidupan
akhirnya terlepas
juga
dari
kesusahan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
12
13
14
15
16
[17]
18
19
20
21
[c] 2021 Petak Ajaib PLT