Bahasa Rakyat
Add
Jangan berebutkan tembikar pecah
Jangan
sampai
berkelahi
kerana berebutkan perempuan jalang
padahal
tidak
layak dibuat isteri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Anjing galak babi berani
1. Bertemu lawan yang
sepadan.
2.
Orang
akan
bergaduh
kalau
sama-sama garang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti beras basah ditampi tak berlayang diindang tak berantah hujung tiada disudu oleh itik
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti antah melukut lapar sangat baru berguna
Kalau
tidak
ada
yang
lain
baru digunakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Belum lepas tali uri sudah hendak bangkit berlari.
Masih muda
tetapi
berlagak
dewasa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tidak mudah menggelamai kurang baru cik kambingan terlampau baru berlantingan
Tidak
mudah melakukan
sesuatu
pekerjaan
kalau
tidak
berhati-hati
tentu selamat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sayang rugi membeli tali timba air setitik tak dapat
Orang
yang
takut
berugi sedikit kerana
pekerjaan
berfaedah
menyebabkan
itu
tidak
menjadi
dan rugi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Makan berkuah air mata
Selalu
menderita
kesusahan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana mencari sungai yang tiada berhulu
Kerja sia-sia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takkan dua kali pisang berbuah
Sebodoh-bodoh
orang
apabila
terkena
sekali
tidak
mahu
lagi.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
12
13
14
15
16
[17]
18
19
20
21
[c] 2021 Petak Ajaib PLT