Bahasa Rakyat
Add
Awal dibuat akhir diingat
Fikir
masak-masak
sebelum
melakukan
sesuatu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Laksana kerbau: di mana ada rumput hijau di sana menerkam
Tidak
mengendahkan
bahaya
kerana melihat
barang
yang digemari.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Takkan lari gunung dikejar (hilang kabus nampaklah dia)
Tidak
perlu tergesa-gesa
mengerjakan
sesuatu
yang telah tentu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ikan berkilat jala pun tiba (datang)
Orang
yang
bijaksana
mudah
memikirkan
perkara-perkara
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kejap bagai pelita akan padam
Pujian
kepada perempuan yang manis pandangannya dan
kejap
matanya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti kerbau tersepit leher dihela tanduk suah panjang dialukan badan sudah besar
Orang
yang
terdorong
melakukan
sesuatu
pekerjaan
mulanya disangkakannya
baik
tetapi akhirnya menyesal; sukar untuk
melepaskan diri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai anjing dapat pasir
Orang
yang
gembira
apabila
mendapat
sesuatu
setelah
lama menunggu
atau
menderita.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kemas lagi dinding diapit
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai abu di atas tunggul
Sesuatu
yang tetap kedudukannya; mudah dihembus
angin
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Morong bagai ayam dimakan tungau
Sangat
gelisah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
12
13
14
15
16
[17]
18
19
20
21
[c] 2021 Petak Ajaib PLT