Bahasa Rakyat
Add
Sembelih ayam dengan pisau sembelih orang dengan kapas
Manusia hendaklah dilayan dengan
lemah lembut.
; Segala
pekerjaan
harus
dilakukan
cara
yang
sesuai
keadaan
masing-masing.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan diajar orang tua makan kerak
Sia-sia mengajar
orang
yang telah tahu;
Orang
lebih umur
daripada
kita
itu
tentulah terlebih
dahulu
mengetahui hal
ehwal
suatu
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai menjandang lukah tiga berat tidak seberapa rintanganya yang lebih
Pekerjaan
walaupun
tidak
berat
tetapi sukar untuk melakukannya seberapa hasilnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang kaya yang tidak murah itu seperti pelita malap
Harta
orang
bakhil
itu
tidak
ada
faedahnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Barang yang jauh hendak dicekau tangan pendek dihubung tidak sampai
Terlalu
ingin
akan
sesuatu
tetapi
tidak berdaya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hang tak kurang sanggul aku tak kurang tenggek (tengkolok)
Jika
seorang
tidak
berkenan maka
banyak
orang
lain
yang berkenan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Yang dikejar tidak dapat yang dikendung berciciran
Kerana mengharapkan keuntungan yang
lain;
laba sudah
ada
habis
hilang;
Sesuatu
benda
belum
tentu lagi dapat disia-siakan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Yang lahir menunjukkan yang batin
Dari gerak-geri;
karenah
atau
tingkah
seseorang
dapat diketahui
apa
yang tersimpan
dalam
hatinya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Inai dengan kuku
Tidak
pernah bercerai.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berketak ayam tahu akan bertelur atau tidak
Orang
yang
bijak
itu
tahu
membaca
orang
melalui
percakapannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
12
13
14
15
16
[17]
18
19
20
21
[c] 2021 Petak Ajaib PLT