Bahasa Rakyat
Add
Angguk enggan geleng mahu tunjuk tidak diberikan
1.
Membuat
kerja berlawanan dengan yang dimaksudkan. 2.
Lain
dikata
lain
dibuatnya. 3.
Tidak
berterus terang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Wang sirih
Wang yang diberikan
sebagai
hadiah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mercun buluh senapang bambu kepada saya jangan dituju
Mengertak
tidak
memberikan
apa-apa;
Tidak
ada
guna
memperkecilkan
orang
berakal
dan
berilmu
dengan soal yang sia-sia.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan berebutkan tembikar pecah
Jangan
sampai
berkelahi
kerana berebutkan perempuan jalang
padahal
tidak
layak dibuat isteri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Awak menangis diberi pisang
Memujuk
orang
yang sedang
bersedih.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kayu yang berakar tunjang tidak hiraukan ribut
Kalau
sudah
cukup
persediaan segala
cabaran
dapat dihadapi; Walaubagaimana
sekali
pun
ugutan
orang
yang
banyak
mendapat
pertolongan
itu
tidak
akan
takut.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Menupang pisang yang tak berbuah
Mengerjakan
sesuatu
yang
tidak
akan memberi
hasil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga
Jika pengetahuan
atau
ilmu
sedikit
jangan
cuba
menentang
orang
yang ilmunya
banyak.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Membuang nasinya yang tersaji di lutut
Orang
yang meninggalkan
pekerjaan
senang dicari pula terlebih
susah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kawan tertawa banyak kawan menangis jarang ada
Teman untuk
bersuka-suka
banyak
tetapi teman
dalam
kesusahan
jarang
ada.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
11
12
13
14
15
[16]
17
18
19
20
[c] 2021 Petak Ajaib PLT