Bahasa Rakyat
Add
Bagai kumbang putus tali(nya)
Sangat pantas;
Orang
yang baru dilepaskan dari
kurungan
sangatlah suka hatinya; Mudah dan tepat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebagai petai sisa pengait
Tidak
berguna
sedikitpun.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Langit dapat dilukis sudut kambut diserayakan
Nampak
salah orang
tapi tak
nampak
sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Malas bergarit perut perit
Malas
berusaha
selalulah kelaparan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tahan racik burung tak kena burung biasa makan di tangan
Orang
yang biasa
bercampur
dengan
orang
berilmu
tidak
mudah terpedaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tumpuan penuh masa
Sentiasa
memberikan
perhatian
serius.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Marahkan telaga kering timba dipecahkan
Merosakkan
harta
kerana marahkan
perkara
yang sedikit; Marahkan
orang
rumahnya diruntuhkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai kodok ditimpa kemarau
Kesusahan
isi negeri
sebab
musim kemarau.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hujan panas permainan hari senang susah permainan hidup
Telah biasa
kehidupan
manusia
ada
kalanya
susah
senang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Getah siangkit kuaran tiba
Sampai
ke
rumah
orang
didapati
tuan rumah
baru lepas
makan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
9
10
11
12
13
[14]
15
16
17
18
[c] 2021 Petak Ajaib PLT