Bahasa Rakyat
Add
Tuah yang disembah junjung yang dipanjat
Pemimpin yang diikut
atau
kepala
diturut perintahnya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gabak di hulu tanda kan hujan; (cerah di langit tanda akan panas)
Sesuatu
tanda yang menunjukkan hal akan
datang;
jadi perlulah dingat-ingatkan
dahulu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Akan memikul tiada berbahu; akan menjunjung kepala luncung
Serba
tidak
mampu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Pipit bukan seekor jagung bukan sebatang
Jawapan
seseorang
untuk
mengelakkan
diri dari
tuduhan
bahawa dia bersalah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tak lekang di bibir
Selalu di sebut-sebut.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Suruh kerja golok keling suruh makan parang puting
Orang
yang malas tetapi
banyak
makan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Hulu mujur pandai bertegang; hulu baik pandai memakai
Pandai bergaul.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan diperlelar timba ke perigi talinya kalau tak putus genting
Jangan
dibiasakan
perbuatan
yang
jahat
kerana
akibatnya
jika
tidak
mati sakit.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Angin tak dapat ditangkap asap tak dapat digenggam
Berita
yang
ganjil
tidak
dapat disembunyikan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tiada serek dimakan tajak esok lusa ke bendang juga
Kerana mencari wang
(rezeki)
tidak
terasa
penat
atau
payah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
9
10
11
12
13
[14]
15
16
17
18
[c] 2021 Petak Ajaib PLT