Bahasa Rakyat
Add
Seperti seligi tajam bertimbal tak hujung pangkal mengena
Orang
yang mempunyai dua
mata pencarian.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lalang terbakar di carik menumpang mati
Jadi mangsa keadaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti bergantung kepada (di) rambut sehelai
Sentiasa
di
dalam
kecemasan
dan
keluh kesah
sebab
harapan yang
tidak
kuat.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan membawa rasmi ayam jantan baik memangku ayam betina
Rezeki
halal
lebih
baik
daripada
rezeki
haram.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Rentak sedegam langkah sepijak
Peri
orang
negeri
yang semuaafakat akan melakukan
sesuatu
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Mandi lenggang perut (wiladah bunting)
Upacara
mandi
semasa
hamil
tujuh
bulan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Ayam berinduk sirih berjunjung
Orang
yang lemah
harus
mendapat
bantuan
dan perlindungan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Di belakang ia menendang kita bila di depan ia mengeting kita jika di tengah ia berpusing ligat pula
Bila
mengahdapi
orang
yang dikasihi kita jadi
serba salah
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sebelum hujan petir bertalu kilat bersabung
Angkuh
bercakap
padahal
belum
tentu
berjaya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tunggu kucing bertanduk
Mengharap yang
mustahil.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
9
10
11
12
13
[14]
15
16
17
18
[c] 2021 Petak Ajaib PLT