Bahasa Rakyat

menyampirkan, menyidaikan: empat puluh cindai kara, semuanya disampaikan kpd galah; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Menurut Gupta, pihaknya menghargai peranan media ketika PKP dalam menyampaikan pelbagai maklumat yang menjadi antara keperluan utama orang ramai sepanjang tempoh berkenaan. [www.hmetro.com.my]
menaikkan atau menurunkan ke darat, membawa darat: Amerika akan ~ pasukan Eisenhower di Afrika Barat; juruterbang itu berjaya juga kapal terbangnya walaupun cuaca amat buruk; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Sebelum ini banyak bot Terengganu yang terpaksa mendaratkan hasil di jeti negeri lain kerana masalah muara. [harakahdaily.net]
1.menjadikan malap, memudarkan: Amir ~ lampu keretanya; 2. ki dimusnahkan: namun kemajuan dan kegemilangan ini telah berjaya dimalapkan oleh kedatangan penjajah Barat; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
1. membuat supaya hadir (ada di sesuatu tempat): ketua rombongan hendaklah ~ semua ahli pd waktu yg ditetapkan; diri datang menunjukkan diri; 2. sl menghimpunkan, mengadakan, menyediakan: maka Sultan Ahmad pun mengerahkan segala rakyat ~ kelengkapan perang; tuanku, baiklah persilakan turun ke kenaikan, telah sedia patik hadirkan; [Kamus Dewan Edisi Keempat]
Malah kehadirannya selaku penjaga gol selalu menghadirkan kegerunan kepada pihak lawan. [www.bharian.com.my]
[c] 2021 Petak Ajaib PLT