Bahasa Rakyat
Add
Bayang-bayang hendaklah sepanjang tubuh
Buat
kerja mengikut
kemampuan
sendiri.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jika yang baik terbuat bersilang cerana datang jika yang buruk terbuat bersilang telunjuk di bibir
Perbuatan
baik
dapat
pujian
di mana-mana
perbuatan
buruk
celaan
kiri
kanan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bagai ayam kehilangan ibu
Tidak
ada
tempat bergantung.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Berhubung kerana hendak panjang berkampuh kerana hendak lebar
Perkahwinan
itu
untuk memanjangkan
zuriat;
Menyatukan dua kaum supaya
menjadi
ramai dan kuat;
Persaudaraan
melalui
perkahwinan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jalan seperti orang berak di tengah
Sindiran
pada
orang
yang
pemalu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Yang teramat mulia
Panggilan untuk
raja muda.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Yang terkalang di mata; yang terasa di hati
Sesuatu
yang akan disebut.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti mayat diangkat orang tiadalah bergerak
Orang
yang sangat daif dan
tidak
mempunyai daya
upaya
hanya
mengharapkan
pertolongan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Yang sesukat tidak akan jadi segantang
Umur yang panjang
tidak
akan pendek;
untung nasib
itu
dapat diubah.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Belum betul membilang jari sudah hendak berkuasa sendiri.
Kanak-kanak yang sudah
hendak
berlaku seperti
orang tua.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
8
9
10
11
12
[13]
14
15
16
17
[c] 2021 Petak Ajaib PLT