Bahasa Rakyat
Add
Hendak terbang tiada bersayap; hendak hinggap tiada berkaki
Seorang
papa dan
tidak
ada kuasa
hendak
membuat
sesuatu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bermegah-megah akan kesempurnaan barang yang engkau lagi tengah kerjakan itu seperti menikahkan anak yang masih di dalam perut ibunya
Jangan
menentukan
apa
yang
belum
pasti.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kuda yang pantas tidak berkehendakkan cemeti
Orang
yang rajin
tidak
perlu dipaksa.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan dibangunkan kucing tidur
Jangan
diganggu musuh yang diam.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan diajar orang tua makan kerak
Sia-sia mengajar
orang
yang telah tahu;
Orang
lebih umur
daripada
kita
itu
tentulah terlebih
dahulu
mengetahui hal
ehwal
suatu
pekerjaan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Orang yang menunggu perigi itu bilakah ia (bolehkah) (masakan) mati dahaga
Orang
yang
berhampiran
dengan
orang
kaya
masakan
akan
mendapat
kesukaran
dalam
berbelanja;
berhimpun
berilmu
itu
bodoh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Jangan tidak melepaskan batuk di tangga
Tidak
diketahui maksudnya
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Siapa yang menjala siapa terjun
Siapa yang
ingin
dialah mesti
berusaha.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Dahulukan yang dahulu merasai garam
Orang-orang
muda
yang mengetahui tertib
kehormatan
sentiasa
mengutamakan dan
mendahulukan
orang-orang tua
dalam
sesuatu
pekerjaan
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Seperti sang genap; ada orang adalah dia
Suka
campur
urusan
orang.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
8
9
10
11
12
[13]
14
15
16
17
[c] 2021 Petak Ajaib PLT