Bahasa Rakyat
Add
Gunung (bukit) juga yang dilenjang panas
Perkara
yang telah tentu usahlah digopohkan; hendaklah
sabar
mengerjakannya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Lagu padang pasir
Lagu
daripada
negara-negara Arab.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Bersuluh minta api sudah gaharu cendana pula
Sudah tahu
bertanya
pula
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Gagak dimandikan tujuh kali sehari sekali pun; takkan putih bulunya
Orang
yang sedia
jahat
itu
walau
bagaimana
pun dinasihatkan
tidak
akan
berubah
lakunya.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah biasa makan emping
Banyak
pengalaman.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Umpama anjing makan muntahnya
Orang
yang tamak dan
gelojoh.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Tepungnya pun ia mahu kuihnya pun ia mahu
Orang
yang telah diluluskan
satu
kehendaknya
kemudian
berkehendak
lagi lebih
daripada
satu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sudah di hujung lidah
Hampir
diucapkan.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Kalau tiada berwang ke mana pergi terbuang
Orang
yang
miskin
dan lemah
itu
usah
banyak
berkehendak
jika
tidak
ada
daya terimalah
nasib.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
Sepuluh kali diukur sekali dikerat
Orang
yang sangat teliti melakukan
sesuatu.
[
Malay Civilization
]
peribahasa
7
8
9
10
11
[12]
13
14
15
16
[c] 2021 Petak Ajaib PLT